Notis Dasar Privasi Arrowsmith

Notis Dasar Privasi Arrowsmith

batu-caves-malaysia-2021-08-26-17-04-32-utc

1. Siapa kami

1.1 Syarikat-syarikat Arrowsmith yang disenaraikan di bawah ialah syarikat-syarikat Kanada yang melesenkan bahan dan program perisian yang direka untuk menaksir dan memperkuatkan fungsi kognitif yang berkaitan dengan pembelajaran Tapak Program Arrowsmith di seluruh dunia. Untuk data yang dikumpul yang berkaitan dengan seseorang pelajar yang didaftarkan dalam Program Arrowsmith, syarikat Arrowsmith yang mengawal data bergantung pada lokasi Tapak Program Arrowsmith, seperti berikut:

Lokasi Tapak Program Arrowsmith

Syarikat Arrowsmith

Kanada

Arrowsmith Program Inc.

Amerika Syarkat (selain daripada Negeri Washington)

Arrowsmith Program U.S. Inc.

Negeri Washington, Amerika Syarikat

Arrowsmith Program WA Inc.

Keseluruhan Dunia

Arrowsmith Program ANZ Inc.

Untuk maklumat yang dikumpulkan daripada pelawat umum ke laman sesawang Arrowsmith kami (www.arrowsmithschool.org), pengguna data adalah Arrowsmith Program Inc., yang terletak di Kanada.

Mereka yang membaca Dasar Privasi ini harus membaca perkataan "Arrowsmith", "Kami", atau "Kita", bermaksud syarikat Arrowsmith yang terpakai berdasarkan hubungan tertentu pembaca dengan sesuatu Program Arrowsmith atau Arrowsmith. Sila lihat Lampiran A kepada Dasar Privasi ini untuk senarai kumpulan syarikat-syarikat kami dan cara menghubungi setiap syarikat.

2. Mengenai Dasar Privasi ini

2.1 Tujuan Dasar Privasi ini adalah untuk membolehkan anda memahami Data Peribadi yang dikumpulkan oleh Arrowsmith, bagaimana kami akan menggunakannya, kepada siapa kami menzahirkannya, dan siapa yang boleh mengaksesnya, termasuk berkaitan dengan Program (seperti yang ditakrifkan di bawah). Untuk tujuan Dasar Privasi ini, "Data Peribadi" ialah sebarang maklumat yang mengenai atau yang mengenal pasti seseorang individu tertentu, dan di bawah undang-undang tertentu, yang mungkin atau mungkin tidak dapat terpakai kepada anda, mengenal pasti isi rumah atau peranti tertentu. Bahagian utama Dasar Privasi ini ditulis dengan mengambil kira peruntukan undang-undang Kanada. Lampiran-lampiran menyediakan penzahiran tambahan atau menerangkan hak tambahan yang khusus untuk lokasi Tapak Program Arrowsmith tertentu. Sila baca hak-hak tambahan yang khusus yang terpakai kepada negara anda.

2.2 Program Arrowsmith adalah berdasarkan aplikasi penyelidikan saintifik saraf dan direka untuk mempertingkatkan fungsi kognitif yang mendasari pembelajaran secara umum dan untuk membantu pelajar-pelajar mengukuhkan keupayaan kognitif yang lemah yang mendasari pelbagai kesukaran pembelajaran. Matlamat kami adalah untuk membantu pelajar menjadi pelajar yang cekap, yakin dan terarah kendiri. Program Arrowsmith berfungsi dengan memilih atau menghasilkan program latihan-latihan kognitif yang sesuai untuk pelajar ("Program") dan disampaikan oleh tapak berlesen di mana pelajar hadir untuk meghadiri Program, pada bila-bila masa ("Tapak Program"). Pelajar-pelajar Program di Tapak Program, atau mereka yang ingin mendaftar sebagai pelajar, secara kolektif dirujuk sebagai "Pelajar" dalam Dasar Privasi ini.

2.3 Dasar Privasi ini terpakai kepada Pelajar dan ibu bapa serta penjaga mereka. Bagi guru-guru yang bekerja di Tapak Program (“Guru”), ia juga menambah kepada Perjanjian Ketidak penzahiran Guru. Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, sama ada melalui laman sesawang kami, melalui Tapak Program, secara sendiri, secara bertulis, atau melalui telefon, anda mengiktiraf dan bersetuju kepada pengumpulan, penggunaan, penzahiran dan pemprosesan Data Peribadi, seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Notis-notis lanjut yang menekankan penggunaan tertentu yang kami ingin lakukan terhadap Data Peribadi anda bersama dengan kemampuan untuk memilih masuk atau keluar daripada penggunaan terpilih juga boleh diberikan kepada anda apabila kami mengumpul Data Peribadi daripada anda.

2.4 Sila ambil maklum bahawa Dasar Privasi ini tidak meliputi pengumpulan, penggunaan, penzahiran dan pemprosesan lain Data Peribadi oleh pihak ketiga yang bukan salah satu daripada kumpulan syarikat-syarikat Arrowsmith. Khususnya, Dasar Privasi ini tidak meliputi pengumpulan, penggunaan, penzahiran atau pemprosesan lain Data Peribadi anda yang dilakukan oleh Tapak Program di luar portal Internet Program Arrowsmith dan anda patut merujuk kepada notis privasi Tapak Program berkenaan dengan data tersebut. Arrowsmith tidak bertanggungjawab atau menangggung liabiliti atas privasi dan amalan keselamatan dan dasar pihak ketiga tersebut, termasuk Tapak-tapak Program.

3. Peruntukan Khusus Negara

3.1 Sebagai tambahan kepada peruntukan-peruntukan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini, terma dan maklumat tambahan yang berkaitan dengan pemprosesan Data Peribadi anda boleh digunapakai kepada anda bergantung pada lokasi anda. Terma-terma tambahan ini ditetapkan sebagai Lampiran-lampiran kepada Dasar Privasi ini:

  1. Jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), Switzerland dan/atau United Kingdom (UK), sila lihat Lampiran [1] untuk terma dan maklumat tambahan;
  2. Jika anda berada di Kanada, sila lihat Lampiran [2] untuk terma dan maklumat tambahan;
  3. Jika anda berada di Amerika Syarikat, sila lihat Lampiran [3] untuk terma dan maklumat tambahan;
  4. Jika anda berada di Australia, sila lihat Lampiran [4] untuk terma dan maklumat tambahan;
  5. Jika anda berada di New Zealand, sila lihat Lampiran (5) untuk terma dan maklumat tambahan;
  6. Jika anda berada di India, sila lihat Lampiran [6] untuk terma dan maklumat tambahan;
  7. Jika anda berada di Emiriah Arab Bersatu, sila lihat Lampiran [7] untuk terma dan maklumat tambahan.
  8. Jika anda berada di Hong Kong, sila lihat Lampiran [8] untuk terma dan maklumat tambahan.
  9. Jika anda berada di Singapura, sila lihat Lampiran [9] untuk terma dan maklumat tambahan.
  10. Jika anda berada di Malaysia, sila lihat Lampiran [10] untuk terma dan maklumat tambahan.
  11. Jika anda berada di Thailand, sila lihat Lampiran [11] untuk terma dan maklumat tambahan
  12. Jika anda berada di Indonesia, sila lihat Lampiran [12] untuk terma dan maklumat tambahan

 4. Data Peribadi yang Arrowsmith Mengumpul and Memproses

4.1 Pihak kami boleh mengumpul Data Peribadi yang berikut:

  1. Maklumat yang anda berikan kepada Arrowsmith (sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga seperti salah satu Tapak Program) ► seperti nama anda, alamat e-mel, butiran hubungan lain dan (dalam kes ibu bapa dan penjaga sahaja) hubungan anda dengan Pelajar yang berkenaan. Kami juga mengumpulkan nama, alamat e-mel dan butiran hubungan Guru yang lain-lain.
    Berkaitan dengan Pelajar sahaja, kami juga akan mengumpul:
    1. Data Pendaftaran: Satu subset Data Peribadi yang dikumpul oleh Tapak Program semasa proses pengambilan Program (untuk menentukan kesesuaian Pelajar untuk program dan untuk memastikan hala tuju yang betul untuk menyertai Program) sama ada secara langsung daripada Pelajar atau daripada ibu bapa atau penjaga Pelajar, seperti:
      1. tarikh lahir, jantina, dan tangan dominan;
      2. sama ada di bawah purata IQ atau pada spektrum autisme;
      3. kesukaran pembelajaran, jika berkaitan, yang dihadapi oleh pelajar;
      4. gred dan Tapak Program sebelumnya (jika sesuai);
      5. sejarah akademik (jika diberikan) dan gred sekolah;
      6. sejarah perubatan terdahulu, jika berkaitan;
      7. maklumat yang berkaitan dengan diagnosis perubatan, jika berkaitan, (contohnya, medan pendaftaran perubatan); dan
      8. penilaian program dan hasil latihan
    2. Data Penilaian dan Perkembangan: Satu subset Data Peribadi yang terkandung dalam maklumat yang dikumpul sepanjang proses penilaian Program yang dijalankan oleh Tapak Program, seperti:
      1. pengecam peribadi (yang membolehkan kami kembali ke set data pendaftaran anda daripada set data penilaian, jika perlu untuk berbuat demikian);
      2. ciri-ciri fungsi kognitif, seperti pelbagai jenis ingatan, pemikiran bukan lisan, pemikiran; fungsi eksekutif; perancangan motor untuk penulisan; deria kuantifikasi; persepsi kinestetik, pengecaman objek, diskriminasi pertuturan pendengaran, sebutan pertuturan dan pertuturan kinestetik;
      3. hasil penilaian (mengikuti kedua-dua ujian kognitif berasaskan kertas dan dalam talian) bagi setiap fungsi kognitif; dan
      4. data perkembangan (menilai kemajuan pelajar dalam program kognitif berbanding dengan data penanda aras).
    3. Data Penyelidikan: Data Peribadi tambahan khusus untuk tujuan penyelidikan (seperti yang diterangkan di perenggan 5.1(e) di bawah) Ini mungkin termasuk:
      1. pengimejan resonans magnetik berfungsi (fMRI), di mana Pelajar telah menjalankan imbasan fMRI; dan
      2. ujian neuropsikologi dan pencapaian piawai dan ukuran kesejahteraan sosial-emosi.
  2. Surat-menyurat kami► jika anda menghubungi Arrowsmith, kami akan menyimpan rekod surat-menyurat tersebut. Kami juga akan memantau dan merekodkan panggilan mengikut undang-undang yang berkenaan;
  3. Maklumat Peranti ► seperti maklumat tentang sistem pengendalian anda, pelayar, aplikasi perisian, geolokasi (termasuk alamat IP), status keselamatan dan maklumat peranti lain untuk memperbaiki pengalaman anda, untuk melindungi daripada penipuan dan mengurus risiko. Maklumat ini dikumpul menggunakan data yang disediakan oleh pelayar atau tablet pada Aplikasi Penyampaian Program Arrowsmith; dan
  4. Penggunaan laman sesawang dan komunikasi ► butiran lawatan-lawatan anda ke web Arrowsmith dan maklumat yang dikumpul melalui kuki dan teknologi penjejakan lain termasuk, tetapi tidak terhad kepada, alamat IP dan nama domain anda, versi pelayar dan sistem pengendalian anda, data trafik, data lokasi , log web dan data komunikasi lain serta sumber yang anda akses. Lihat Notis Kuki kami.

5. Tujuan kami menggunakan Data Peribadi anda

5.1 Apabila Arrowsmith mengumpul Data Peribadi anda, Arrowsmith boleh menggunakannya atau menzahirkannya untuk tujuan berikut:

  1. Untuk memastikan sama ada anda calon yang sesuai untuk Program ► Guru akan menggunakan Data Pendaftaran Pelajar untuk menilai cabaran kognitif yang dihadapi olehnya, cuba mengasingkan punca mereka dan untuk memahami keputusan yang Pelajar (dan/ atau ibu bapa/penjaga mereka) ingin mendapatkan daripada penyertaan dalam Program Arrowsmith. Arrowsmith boleh bekerja dan berunding dengan Tapak Program sebagai sebahagian daripada proses ini;
  2. Untuk menaksir keperluan dan memilih atau menyesuaikan program khusus untuk Pelajar ► Arrowsmith boleh menggunakan Data Penilaian untuk menghasilkan program pembelajaran awal yang dicadangkan untuk Pelajar. Ini akan dibincangkan oleh Guru dengan Pelajar (dan/atau ibu bapa/penjaga Pelajar). Arrowsmith boleh bekerja dan berunding dengan Tapak Program sebagai sebahagian daripada proses ini;
  3. Untuk melaporkan perkembangan semasa menyelesaikan Program ► semasa Pelajar bekerja melalui Program individunya, laporan-laporan boleh dibangkitkan oleh Guru mereka dan dikongsi dengan Pelajar. Kadang-kadang Guru akan berkongsi laporan dengan ibu bapa/penjaga juga. Arrowsmith boleh bekerja dan berunding dengan Tapak Program sebagai sebahagian daripada proses ini;
  4. Untuk memindahkan rekod dan laporan perkembangan antara institusi akademik ► untuk membolehkan Pelajar meneruskan Program Arrowsmith di institusi lain. Arrowsmith akan memberikan Pelajar satu nombor pengecam, yang pelajar boleh berikan kepada institusi baharu. Ini akan membolehkan institusi itu mengakses rekod Pelajar dan memahami perkembangan;
  5. Penyelidikan dan Pembangunan ► Arrowsmith akan menggunakan Data Peribadi yang berkaitan dengan Pelajar untuk membantu kami dalam memahami dan meningkatkan keberkesanan Program Pelajar dan Program Arrowsmith secara keseluruhan, termasuk keberkesanan Program dalam memulihkan masalah pembelajaran berkaitan dengan keadaan khusus, diagnosis, atau kumpulan umur. Ini akan membantu kami dalam membantu kumpulan individu yang lebih luas dengan cara yang berkesan dan cekap, sambil kami mengetahui lebih lanjut tentang jenis kesukaran kognitif yang bertindak balas terhadap ciri-ciri berbeza Program dan menganalisis trend.
    Di mana kami menggunakan Data Peribadi untuk tujuan penyelidikan, kami menyimpannya dalam pangkalan data yang berasingan sepenuhnya daripada pangkalan data penuh yang disenggara oleh Tapak Program di mana Pelajar hadir. Tapak Program tidak boleh mengakses pangkalan data penyelidikan, dan penyelidik kami tidak boleh mengakses pangkalan data penuh. Set data penyelidikan akan dirahasiakan secara kekal di mana kami boleh mencapai tujuan penyelidikan kami menggunakan data tanpa nama. Sebaliknya, kami akan menggunakan nama samaran untuk Data Peribadi yang digunakan untuk tujuan penyelidikan, bermakna nama dan butiran hubungan Pelajar tidak akan disertakan dalam pangkalan data penyelidikan. Sebaliknya, kod pengecam akan digunakan untuk memautkan Data Penilaian Pelajar dengan Data Pendaftarannya, untuk membolehkan kami menjalankan penyelidikan. Kami tidak membuat sebarang keputusan tentang seseorang Pelajar berdasarkan hasil penyelidikan ini.
    Kadangkala kami berkongsi set data penyelidikan tanpa nama secara kekal dengan penyelidik pihak ketiga;
  6. Untuk mematuhi keperluan undang-undang atau peraturan, atau sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang ► Arrowsmith boleh memproses Data Peribadi anda untuk mematuhi keperluan kawal selianya atau berdialog dengan pengawal selianya atau mempertahankan atau mendakwa tuntutan yang berkenaan yang mungkin termasuk menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga, perkhidmatan mahkamah dan/atau pengawal selia atau agensi penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan pertanyaan, prosiding atau penyiasatan oleh pihak tersebut di mana-mana sahaja di dunia;
  7. Untuk memberitahu anda tentang perubahan ► untuk memberitahu anda tentang sebarang perubahan pada perkhidmatan dan produk Arrowsmith termasuk Program Arrowsmith;
  8. Untuk menyusun semula atau membuat perubahan kepada perniagaan Arrowsmith ► sekiranya Arrowsmith (i) tertakluk kepada rundingan untuk penjualan perniagaan Arrowsmith atau sebahagian daripadanya kepada pihak ketiga, (ii) dijual kepada pihak ketiga atau (iii ) menjalani penyusunan semula, Arrowsmith mungkin perlu memindahkan sebahagian atau semua Data Peribadi anda kepada pihak ketiga yang berkaitan (atau penasihatnya) sebagai sebahagian daripada sebarang proses usaha wajar untuk tujuan menganalisis sebarang cadangan penjualan atau penyusunan semula. Arrowsmith juga mungkin perlu memindahkan Data Peribadi anda kepada entiti yang disusun semula atau pihak ketiga selepas penjualan atau penyusunan semula;
  9. Untuk berkomunikasi secara berkesan dengan anda dan menjalankan perniagaan Arrowsmith ► untuk menjalankan dan mengurus perniagaan Arrowsmith, termasuk untuk menjawab pertanyaan anda, untuk berkomunikasi dengan anda, atau untuk melaksanakan kewajipannya yang timbul daripada sebarang perjanjian yang dibuat antara anda dan Arrowsmith; dan
  10. Untuk memberikan anda surat berita kami (yang mungkin termasuk bahan promosi) ► untuk memberikan anda surat berita kami (yang mungkin termasuk bahan pemasaran dan promosi), di mana anda telah memilih untuk menerima ini.

6. Penzahiran Data Peribadi dan Pemindahan Antarabangsa

6.1 Data Peribadi anda mungkin dizahirkan oleh Arrowsmith untuk tujuan-tujuan yang dikenal pasti dalam bahagian 5 dan 6 Dasar Privasi ini. Penzahiran dengan pihak luar Arrowsmith: Kami mungkin akan menzahirkan Data Peribadi anda dengan ahli gabungan kami; Tapak Program; dan pihak ketiga iaitu pekerja di syarikat-syarikat gabungan Arrowsmith kami, Tapak Program di mana individu itu didaftarkan, Tapak Program yang dipindahkan oleh individu jika individu tersebut memintanya, pembangun perisian kami, pembekal perkhidmatan IT kami, penyelidik dan pihak berkuasa, dan kawal selia lain-lain . Sila ambil perhatian bahawa pelayan kami terletak di Kanada dan Amerika Syarikat dan oleh itu data peribadi anda disimpan di negara-negara ini.

6.2 Pemindahan antarabangsa: Data Peribadi anda mungkin dipindahkan ke, diakses dan/atau disimpan di Kanada dan Amerika Syarikat. Ia juga mungkin dipindahkan ke destinasi lain di luar negara tempat anda berada dan di mana undang-undang perlindungan data mungkin mempunyai standard yang lebih rendah daripada di negara asal anda. Oleh itu, Data Peribadi anda mungkin boleh diakses oleh penguatkuasa undang-undang dan pihak berkuasa keselamatan negara dari bidang kuasa lain di mana undang-undang tempatan memperuntukkan tahap perlindungan yang berbeza untuk Data Peribadi. Dalam keadaan tertentu, mahkamah, agensi penguatkuasa undang-undang, agensi kawal selia atau agensi keselamatan di negara lain tersebut mungkin berhak untuk mengakses Data Peribadi anda. Arrowsmith akan, dalam semua keadaan, melindungi Data Peribadi seperti yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini.

7. Pengekalan Data Peribadi anda

7.1. Kami akan mengekalkan Data Peribadi untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan perniagaan dan dibenarkan oleh undang-undang. Arrowsmith mengekalkan Data Peribadi anda selama yang diperlukan untuk pengumpulan, penggunaan, penzahiran atau tujuan pemprosesan lain yang mana Data Peribadi dikumpul, dan untuk apa-apa tujuan lain yang berkaitan yang dibenarkan – contohnya, penyelidikan. Apabila Data Peribadi tidak lagi diperlukan, Arrowsmith akan sama ada secara tidak dapat dipulihkan tanpa nama data (dan Arrowsmith boleh terus mengekalkan dan menggunakan maklumat tanpa nama) atau memadamkan/memusnahkan Data Peribadi anda dengan selamat.

8. Perlindungan Data Peribadi anda

8.1 Arrowsmith menggunakan perlindungan fizikal, teknikal, elektronik dan prosedural yang munasabah secara komersial mengikut kesesuaian berdasarkan sensitiviti Data Peribadi untuk melindungi daripada penggunaan, akses, pengubahsuaian, pemusnahan, penzahiran, kehilangan atau kecurian Data Peribadi anda yang tidak dibenarkan dalam jagaan atau kawalan Arrowsmith.

8.2 Walau bagaimanapun, sila faham bahawa penghantaran maklumat melalui internet atau tapak web tidak sepenuhnya selamat atau dipastikan tanpa pencerobohan.

8.3 Semua maklumat yang anda berikan kepada Arrowsmith akan disimpan pada pelayan Arrowsmith atau subkontraktornya yang selamat dan diakses serta digunakan tertakluk pada dasar dan piawaian keselamatan Arrowsmith. Anda bertanggungjawab untuk mematuhi sebarang prosedur keselamatan lain yang anda telah diberitahu oleh Arrowsmith.

9. Hak Anda mengenai Data Peribadi

9.1 Arrowsmith beroperasi di pelbagai negara yang melaksanakan undang-undang perlindungan data yang mentadbir hak perlindungan yang berbeza kepada individu berkenaan dengan akses, pemadaman, pembetulan dan had di atas pemprosesan Data Peribadi – sila semak Lampiran untuk butiran lanjut mengenai perkara ini. Kami akan menyemak kelayakan anda apabila kami menerima permintaan anda untuk melaksanakan hak anda sebelum permohonan dijawab. Sila ambil perhatian bahawa hak anda mungkin tertakluk kepada pengecualian tertentu seperti yang dinyatakan dalam undang-undang perlindungan data yang berkenaan.

9.2 Secara umum, anda berhak untuk meminta kami untuk mengubahsuai atau mengemas kini sebarang ketidaktepatan dalam Data Peribadi yang anda berikan kepada kami. Untuk menggelakkan sebarang keraguan, sila hubungi kami menggunakan klausa 10 di bawah untuk memberitahu kami supaya mengemaskini Data Peribadi anda.

10. Hubungi Kami

10.1 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai amalan privasi kami, privasi Data Peribadi anda, atau ingin mengubah keutamaan privasi anda, sila beritahu Arrowsmith. Sila hubungi kami di: [Pautan ke Lampiran A: Entiti-entiti Arrowsmith]

10.2 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda yang digunakan oleh Tapak Program, sila hubungi Tapak Program yang berkaitan secara langsung.

11. Pindaan, Perubahan dan Kemas Kini Dasar

11.1 Arrowsmith mempunyai hak untuk meminda terma-terma Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Oleh itu semua Pengguna dinasihatkan untuk terus menjejaki pindaan dengan kerap.

11.2 Dasar Privasi ini telah diubahsuai pada [07/14/22].

Lampiran A: Entiti-entiti Arrowsmith

Nama entiti

Alamat

Hubungan Perlindungan Data

Pengawal selia Perlindungan Data EU
(jika berkaitan)

Arrowsmith Program ANZ Inc.

245 St. Clair Avenue West.

Toronto ON M4V 1R3

Canada

Pegawai Privasi

privacy@arrowsmithprogram.ca

Pejabat Perlindungan Data Eropah (EDPO)

Borang Permohonan Dalam Talian:

https://edpo.com/gdpr-data-request/

 Secara tulisan: EDPO at
Spaces Rio, Calle Manzanares 4,
28005, Madrid, Spain

 

Lampiran [10]: Peruntukan-peruntukan khusus Malaysia

  1. Jika anda berada di Malaysia peruntukan-peruntukan lampiran [10] ini terpakai secara tambahan kepada peruntukan-peruntukan Dasar Privasi.
  2. Data Peribadi yand diminta daripada anda dan dinyatakan sebagai wajib perlu dibekalkan untuk kami memberi perkhidmatan kepada anda. Jika anda membuat pilihan untuk tidak memberi Data Peribadi yang diminta, kami mungkin tidak dapat memberi perkhidmatan kami kepada anda. Data Peribadi yang diperlukan adalah Nama Bapa, Nama Pertama, Jantina, Tarikh Kelahiran dan gred sekolah semasa.
  3. Perenggan 3 ini terpakai sebagai tambahan seksyen 9 dalam Dasar Privasi.
    1. Kami akan mengambil langkah yang munasabah mengikut keadaan untuk memastikan Data Peribadi anda adalah tepat, terkini dan sempurna.
    2. Sebagai tambahan kepada hak-hak yang terdapat di seksyen 9.2 dalam Dasar Privasi anda boleh meminta kami untuk:
      1. mengakses dan membetulkan Data Peribadi anda;
      2. mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda atau Data Peribadi pelajar.
    3. Jika anda ada sebarang persoalan mengenai Dasar Privasi atau ada kerisauan bagaimana kami menguruskan Data Peribadi anda, sila hubungi Pegawai Privasi kami dengan meggunakan maklumat hubugan di seksyen 10 dalam Dasar Privasi. Anda boleh hubungi Dasar Privasi kami menggunakan nombor telefon: +1-416-963-4962.
  4. Dasar Privasi ini termasuk lampiran 10 ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Jika terdapat ketakkonsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan kekal dan versi Bahasa Malaysia hendaklah dianggap pinda supaya ia tekal dengan versi Bahasa Inggeris.